Friday, February 4, 2011

Laungan Perubahan disahut Pemuda...Inilah masanya

Istilah Arab menyebutnya 'Taghyir'(التغيير).Dalam inggeris pula disebut 'change' atau 'revolution'.


Perubahan pastinya akan berlaku dalam rentetan perjalanan hidup manusia...semua manusia akan hadapinya  tidak ada yang terkecuali.Jadi di sini ana mengajak semua untuk kita tanyakan pada diri,mengapa mesti berubah..?
Fitrah kejadian akan menjawab...
Perubahan itu Sunnah Kehidupan.
Perubahan itu salah satu proses Peningkatan.
dan yang paling penting Perubahan itu  merupakan Suruhan ALLAH...

Dan hari ini..semua muslim dan muslimah perlu tahu keperluan Taghyir dalam dunia masa kini.
Ermm...macam mana nak tahu?mula2 sekali kita mesti Faham.....apa yang ingin difahamkan?
Faham kondisi Ummah Hari Ini...Ummah sekarang tidak ada Khilafah..Ummah sekarang tidak ada Fikrah..
tidak sedar Kewajipan dan Kemampuan yang ada....serta keliru dan celaru kefahaman ajaran Islam yang sebenar....ana insan yang sentiasa cuba untuk terus memahami ajaran Islam.... dapat menukilkan bahawa betapa Perubahan itu merupakan Keperluan Mendesak dan WAJIB bagi setiap individu Muslim.
Individu yang mengimpikan Islam kembali ke tempat asalnya...iaitu tempat yang terTinggi...
itulah tempat yang sepatutnya....
Islam tidak layak berada di bawah..!!

Sang Pencipta menyuruh kita hambanya untuk buat Perubahan...mengubah sistem dunia pada masa kini yang bernakhodakan Nafsu kepada sistem yang dikehendaki Pemilik Dunia Yang Sebenar..
Ubah agar seluruh manusia sejagat tidak menjadikan selain Islam sebagai pegangan hidup mereka.
firman Allah dalam surah al-baqarah:
 "Perangilah mereka(musyrikin)hingga tiada lagi fitnah dan seluruh addin itu kembali kepada Allah".
Rujuk pula Sunnah Rasul.. dalil Surah Al-Kafirun menjadi jawapan Baginda SAW kepada orang kafir Quraisy yang enggan sistem hidup mereka diubah..
Kepada semua Pembaca...Cuba kita hayati betul2 realiti Ummah yang kehilangan Khilafah ini.
Islam semakin hilang izzahnya di hati kita.Di mata dunia Islam itu bisa saja dihina dan Musuh2 Islam berkuasa.
Kita semakin hari membiarkan Yahudi dan Kristian menentukan agenda hidup kita.Perlaksanaan Syariat dalam segenap aspek terhenti begitu sahaja.

Muhammad Rasyid Ar-Redho menggambarkan fenomena ini di dalam kitabnya Al-Muntalaq:

  Sistem Pendidikan Jahiliyah dan taghut ciptaan Yahudi dan Kristian dan materialisme itu telah melahirkan kijang-kijang yang pengecutMereka tidak lagi menerkam, sebaliknya melepaskan diri dari keazaman serta bersegera membolos diri dari tanggungjawab.
Inilah generasi baru dari putra-putra Islam.
 Mereka itu adalah anak-anak singa yang bertukar menjadi kijang yang pengecut.
Sebenarnya mereka itu adalah putera-putera muslimin yang merdeka.
Mereka diperhambakan lalu mereka bergembira….
Rancangan mereka terus berjalan sehingga kita dapati sesetengah orang yang ikhlas lebih cenderung untuk beruzlah…. “

Jadi kita mesti kembali menjadi 'Singa' bukannya 'Kijang'.Hanya sanya dengan jalan Perubahan yang bakal menjadikan ia suatu kenyataan.
Ciri Perubahan yang perlu ialah Perubahan Kepada Kesyumulan...fahami Islam secara menyeluruh..tidak hanya sebahagian sahaja..dengan cara ini asas masyarakat Jahiliyah mampu diruntuhkan.Kita mesti menjadi Muslim yang Kaffah dan bercita2 untuk melihat Islam menjadi Penguasa Seluruh Alam.
Yang kedua..Perubahan berasaskan Aqidah....memahami konsep Ubudiyyah yang sohih.Agar manusia melaksanakan erti Pengabdian secara mutlak kepada ALLAH semata.
Dan dalam membuat Perubahan...kita mesti melakukannya secara berperingkat (Tadarruj) jangan terburu2...Sebab itu Mujaddid Islam abad ke-14 H,Assyahid Imam Hasan Al-Banna menyusun Peringkat2 Amal (Maratibul Amal) itu kepada 7 peringkat berdasarkan Sunnah Nabi.Sistematik dan Tersusun memudahkan kita mencapai Objektif dan Matlamat....
Amal manusia dalam Perubahan menentukan Perubahan Islam.

Ana nak berkongsi dengan semua tentang salah satu dari Hadis Nabi SAW yang sangat2 memberi kesan pada diri ana secara peribadinya...ia berkaitan dengan topik kali ini.Mafhumnya begini...Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah SAW, "Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang orang yang asing". 



H.R. Muslim 


Apa yang boleh kita faham ialah pada zaman sekarang kalau kita nak beramal dengan Islam,masyarakat sekeliling akan melabelkan kita sebagai orang yang pelik...janggal dan mereka akan mengasingkan diri dari kita.Ketahuilah semua.. itulah yang berlaku pada awal permulaan Dakwah Islam di Kota Mekah suatu ketika dahulu...dan itu jugaklah asam garam dalam menempuh jalan Perubahan.
Yang pastinya Perubahan sebegini akan mendapat tentangan yang hebat oleh sistem yang sedang menguasai manusia sekarang....
Sebagai Pengubah..kita mesti ada persediaan...apa yang perlu disediakan..?
Sedia dengan Akal..(Aqliyah)
Sedia dengan Hati..(Qalb)
Sedia dengan Tindakan..(Haraki)
Akal kita perlu menguasai Pengetahuan Syariat..Pengetahuan Realiti Semasa dan Pengetahuan Gerak Kerja..
Hati pula perlu sentiasa dibekalkan bekalan yang cukup...Zikrullah..Mujahadah diri...Muraqabah kepada Allah dan Keterikatan dengan Al-Quran...
Untuk tindakan adalah dengan bergabung dengan jemaah yang Mantap perlaksanaan Tarbiyyahnya....

Taghyir ini mengidamkan barisan Pemuda yang mendokonginya..yang merealisasikannya...Persoalannya....kenapa Pemuda..?
Kerana tempoh muda adalah tempoh yang disuruh 'rebut' oleh Rasulullah..ia merupakan tempoh penentu hala hidup dan juga merupakan fasa di mana kekuatan fizikal manusia berada di kemuncak...

Coretan Imam Hasan Al-Banna mengenai Pemuda....

“Generasi muda ialah rahsia kehidupan ummat dan sumber mata air kebangkitannyaSejarah ummat ialah sejarah para tokoh yang dilahirkannya, yang memiliki aqliyah yang kuat dan ruh yang membara. Kuat lemahnya umat sesungguhnya diukur dari sejauh mana kemampuanrahimumat itu melahirkan tokohtokoh yang memenuhi syarat rijal yang sebenarnya…”

Wahai Pemuda...

Seruan yang pertama sekali kepada tugas ini untuk kamu iaitu hendaklah kamu percaya kepada diri sendiri, hendaklah kamu mengetahui kedudukan kamu dan kamu yakin bahawa kamu adalah para pemimpin dunia jika sekiranya kamu mahu musuh-musuh kamu menjadi hina.…. Tentukanlah wahai pemuda iman kamu, matlamat dan tujuan kamu…”

Masanya sudah tiba.....Laungan Perubahan sedang menantikan Penyahutnya...Panji Perubahan sekian lama sepi dari Pengibarnya...AYUH...!!BANGKIT WAHAI PEMUDA....Biar kita yang menamatkan Penantian itu...dan biar kita yang menyerikan Kesepian itu sekarang...!!!.






Tuesday, January 11, 2011

Dakwah...Satu Tuntutan,Bukan Pilihan..!!

Jauhnya manusia dari Syariat ALLAH dan penguasaan Golongan Zalim ke atas Golongan Baik adalah penyebab kepada segala kemusnahan dan kerosakan dunia....
Sayyidina Umar Al-Khattab pernah ditanya..."Adakah sesebuah negeri itu hampir musnah padahal ia makmur..?
Beliau menjawab:"..Ya....
.....apabila  di dalamnya orang2 Zalim menguasai dan mendominasi orang2 Baik..."

Apa maksud yang dapat kita fahami..?
Maksudnya ialah apabila orang-orang Zalim memegang tampuk pemerintahan....Ini yang akan mereka lakukan:
*melantik orang2 yang Zalim seperti mereka juga untuk menguruskan sesuatu urusan....
*melakukan keKEJAMan,PENINDASAN dan PENYELEWENGAN...
*membuatkan orang2 Baik menyerah pada keHINAan, redho pada keRENDAHan dan pasrah
 pada  kePUTUSASAan......

Bagi Jiwa -Jiwa yang benar -benar sedih melihat apa yang menimpa Umat ini... 
 ... RELAKAH KITA DENGAN SEMUA INI...!!!
Ketahuilah...elemen2 tersebut akan menatijahkan Virus2 KeRUNTUHan dan kePUPUSan Tamadun Islam 
yang kita impikan bertapak di muka bumi ini..... 
Tamadun yang suatu ketika
dahulu pernah menaungi 2/3 dunia dan digeruni serta dikagumi Musuh2 akan keGEMILANGannya...

Tahukah manusia ALLAH  itu sangat cemburu...
cemburu terhadap keSUCIan agamaNYA dan keHORMATan hamba2NYA...
ALLAH suka sekiranya ada seKUMPULAN dari hamba2NYA yang baik itu...
SEGERA memulihkan keadaan....
dan amat-amatlah berUNTUNG bagi manusia....
yang menegakkan Agama di saat manusia lain menjatuhkannya....
yang membela Agama di saat manusia lain menfitnahnya...
yang tetap di Jalannya di saat manusia lain menyimpang darinya...

Yang pasti Agama itu adalah ISLAM....dan kita dipilih menjadi PENDOKONGnya..Amin..x3

Siapa yang dipilih ALLAH...ALLAH menyuruh para Malaikat untuk menolong mereka
dan membukakan sumber limpah kurnia dan taufiqNYA....

TETAPI...!!!....Jika Mereka Masih Berdiam Diri....masih enggan bertidak...!!
Maka ALLAH beri tempoh kepada mereka,sehingga golongan Zalim bermaharajalela dengan keJAHATan mereka..
dan sekiranya golongan Baik masih terus berdiam diri...lalu ALLAH murka ke atas mereka...
YANG PASTINYA....
"...Kemurkaan ALLAH Meliputi Seluruh Umat Ini Samada Yang Jahat Mahupun Yang Baik..."

Firman Allah:

وَاتَّقُوا فِتْنَةً لَا تُصِيبَنَّ الَّذِينَ ظَلَمُوا مِنْكُمْ خَاصَّةً وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ 
                        
"takutilah olehmu akan fitnah(cubaan) yang tiada akan menimpa orang2 yang aniaya sahaja di antara kamu dan ketahuilah bahawa ALLAH amat keras seksaanNYA.."(AL-ANFAL:25)

Mafhum ayat:-orang zalim ditimpa azab kerana kejahatan dan kezaliman mereka..
                       
                  -orang baik ditimpa azab kerana sikap berdiam diri,malas dan rela dalam kehinaan..

Inilah yang dikatakan...ﻗﺎﻧﻮﻥ ﺍﻟﻌﻘﺎﺏ ﺍﻟﺠﻤﺎﻋﻰ (Hukuman Azab Yang Menyeluruh)
 
    Dan (ingatlah) ketika segolongan di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazabkan mereka dengan azab yang amat berat?" Orang-orang (yang memberi nasihat) itu menjawab: "(Nasihat itu ialah) untuk melepaskan diri dari bersalah kepada Tuhan kamu, dan supaya mereka bertaqwa".
Maka ketika mereka melupakan (tidak menghiraukan) apa yang telah diperingatkan kepada mereka, Kami selamatkan orang-orang yang melarang daripada perbuatan jahat itu, dan Kami timpakan orang-orang yang zalim dengan azab seksa yang amat berat, disebabkan mereka berlaku fasik (derhaka).
(Al-A’raf: 164-165)
Sebahagian ulama' menyifatkan azab itu dalam bentuk Bencana Alam yang Menggerunkan....

 Mereka yang benci pada dosa dan kejahatan yang berkata: { Al-A’raf:164 },   sebahagian  besar   ulama’  menyatakan bahawa   mereka   itu  selamat   kerana  mereka  itu  benci kepada  kejahatan  lalu  mereka  menyangkal  sekadar  kemampuan  mereka. Manakala  golongan  yang tidak  menyangkal secara mutlak, maka mereka itu juga zalim dan diazab...

sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w:
  “Sesungguhnya  manusia  apabila mereka melihat   kemungkaran sedang mereka tidak mengubahnya,   hampirlah  Allah  meliputi  mereka  dengan  azab   daripadaNya”
Syed Qutb...seorang yang luar biasa pegangan Aqidahnya menukilkan....
"Adapun mereka yang hanya menolak kejahatan dalam hati dan tidak melarang umat mereka dari kemungkaran, Allah SWT tidak menerangkan kepada kita natijah mereka, tidak memberitahu  kita  tentang mereka, bahkan, mengabaikan mereka.  Pengabaian  ini  merupakan  satu  balasan  untuk golongan yang seperti ini...."
Nah...!!Manusia yang berdiam diri dan tidak mahu berdakwah akan diAZAB... 
mereka ini akan diabaikan ALLAH begitu sahaja...
ADAKAH DI SANA JALAN KELUAR..?
 Ya...pastinya ada iaitu Menyuruh manusia kepada kebaikan.....
Melarang manusia daripada kemungkaran ......
Menentang manusia yang berbuat kejahatan dan kerosakan .....
Melalui jalan dakwah dengan menyeru manusia kepada Islam, memanggil mereka untuk segera mendirikan solat, kembali kepada cara hidup Islam di segenap jurusan hidup mereka, tunduk kepada hukum Allah dan menghukum mengikut syariat Allah.
Kesimpulannya DAKWAH MEMANG SATU TUNTUTAN..!!!                            
"..Dakwah di jalan Allah bukan sekadar untuk mengumpulkan manusia menjadi baik semata-mata, tetapi ia merupakan gerakan penyelamat yang menghapuskan kongkongan sistem zalim ciptaan manusia dan menggantikannnya dengan sistem Rabbani yang adil.. "


Wahai sekelian manusia yang memiliki akal fikiran!
Wahai ahli zuhud dan ahli ibadah!
di hadapanmu terbentang bahaya kanun Rabbani yang menggerunkan sekiranya kamu membisu seribu bahasa…
janganlah kamu diperdayakan oleh kezuhudanmu dan solatmu…
sampaikanlah kebenaran, suruhlah manusia membuat kebaikan dan laranglah mereka dari kemungkaran dan kejahatan…
kalau tidak… tunggulah saat kebinasaan dan kemusnahan!





Sunday, January 2, 2011

Tarbiyyah dulu..baru Jihad..



Apa itu Tarbiyyah..?erm...ana hanya akan menyebut sedikit sahaja tentang definisi tarbiyyah..
sebabnya ana yakin dan percaya ...umum mampu mendapatinya dengan lebih detail...jika mereka berKEHENDAK....ada keINGINan...HIDUP kita PILIHAN kita....


Tarbiyyah itu Pembinaan..Pembinaan yang membawa kepada Pembangunan...erm nak bangun apa yer..?
nak bangunkan  INSAN MUKMIN yang mampu dan sanggup membawa beban dan tugas2 DAKWAH...,
tidak bakhil terhadap harta & jiwa dan teguh dalam menghadapi setiap dugaan dan cubaan yang dilalui
dalam menegakkan kalimah ALLAH...
Dengan Tarbiyyah..orang boleh memandang keAGUNGan ajaran ISLAM pada dirinya...hanya dengan memandang...tak perlu kata apa-apa...SubhanAllah...erm tapi nak sampai ke tahap itu kita mesti TULUS..
Titik mulanya yang paling BAIK adalah dengan Tarbiyyatuz Zatiyah...tarbiyyah individu...individu ISLAM atau lebih dikenali dalam medan dakwah sebagai Membina Peribadi Muslim...selepas daripada itu baru tarbiyyah masyarakat...


Persoalannya apa yang ada dalam Pembinaan Peribadi Muslim..?dan kenapa ia perlu diutamakan dahulu daripada jihad..?
Lihat Sirah Junjungan....sepanjang 13 tahun..,fasa permulaan Dakwah ISLAM memberi tumpuan kepada pembinaan dan pembangunan yang mempunyai ciri2 keSEMPURNAan dari segi AQIDAH,IMAN,AKHLAK dan AKAL FIKIRAN di bawah bimbingan Rasulullah SAW..
maksudnya...perlu beri tumpuan kepada usaha2 penanaman aqidah,keimanan dalam hati dan jiwa,suburkan erti kesabaran dalam setiap cabaran dan dugaan serta suburkan sikap sedia berkorban untuk memperjuangkan kebenaran....Nabi tak suruh pun sahabat angkat senjata dan terus berperang di awal Dakwah Islam...betul kan...ana yakin muslimin muslimat tahu hal ini....jadi cuba fikirkan....
hermm...susah ker..?atau nampak remeh jer...


Sebenarnya tak susah sebab pernah ada manusia yang boleh buat (Rasulullah &Sahabat)...dan jugak benda ni tak remeh sebab ia Perintah ALLAH....rujuk surah an-Nisa' ayat 77 & at-Taubah ayat 105.. dan siapa kita yang nak meremehkan Arahan Pencipta kita...?
jadi Hidup kita Pilihan kita...maka HATI-HATI...
Semua elemen ini wujud dalam Tarbiyyah...dan selepas sudah FAHAM & BERAMAL dengannya baru boleh bersiap untuk berJIHAD dengan senjata...atau kita sebut JIHAD QITAL...


Lihat lagi Sirah Junjungan....berdasarkan penceritaan dari ayat 77 surah an-Nisa'...ketika mana para sahabat
terluka dan berdarah mengadap Rasulullah disebabkan ancaman musyrikin...mereka memohon supaya kekerasan di balas kekerasan tetapi Rasulullah meminta supaya berSABAR....
Ini bukan bermakna JIHAD  dipandang ringan @remeh dalam ISLAM...bahkan ia merupakan kemuncak perjuangan ISLAM yang paling TINGGI....tetapi pada hari ini...kita mendiskusikan perkara2 yang mesti lebih diUTAMAkan... Seruan JIHAD di sahut bila tiba masanya..
dan Mudah-mudahan bila waktu itu sampai..kita sudah benar2 berSEDIA...amin..x3.


Persediaan awal  kita dengan Tarbiyyah...
perlu ada kekuatan Aqidah dan Ukhuwwah terlebih dahulu sebelum kekuatan Senjata...
erm....3 kekuatan ini kan yang memang telah lama hilang dari Ummat ISLAM...
Jihad dengan berDakwah,Pengajaran dan Penyampaian ajaran AL-QURAN & AS-SUNNAH adalah langkah jihad yang mula2 sekali...rujuk surah Al-Furqan ayat 52.
Jihad yang menggunakan kekerasan dan senjata perlu ditangguhkan....


Sabda Rasul..."Seorang MUJAHID sejati ialah dia yang memerangi hawa nafsunya demi berbakti kepada ALLAH..dan seorang MUHAJIR sejati ialah dia yang meninggalkan semua perkara yang dilarang ALLAH.."


Jihad lawan nafsu di dalam dulu baru lawan musuh di luar....


Mana mungkin bisa mengalahkan musuh luar kalau musuh dalamannya masih belum mampu dilumpuhkan...
Ayuh Renungi Bersama....!!

Thursday, December 30, 2010

Ketika kita PENAT...!!


Soalnya, adakah kita sudah penat? Kalau amal tak banyak mana, hati belum mengeluh apa-apa.
Bagaimanakah yang dikatakan sebagai muslim itu? Untuk lebih memahami frasa ini, kita fahamkan analogi mudah berikut:
Bagaimanakah seseorang itu dikatakan sebagai guru? Seseorang itu hanya akan dikenal sebagai guru jika ia hadir ke institusi tempat mengajarnya dan melakukan aktiviti yang berpadanan dengan tugas guru iaitu mendidik dan mengajar di dalam kelas.
Jika ia hadir ke sekolah, tapi duduk di pejabat dan melakukan tugas perkeranian, ia tidak mungkin digelar guru tetapi digelar sebagai kerani. Ia mungkin sahaja hadir ke sekolah, tapi tidak mengajar sebaliknya menyapu sampah dan memotong pokok, maka ia dikenal sebagai pekebun sekolah.
Begitu juga muslim. Muslim itu hanya akan menjadi muslim jika ia melaksanakan tugasnya sebagai muslim yang sebenar. Dan apakah tugas muslim yang sebenar itu?
لِيَكُونَ الرَّسُولُ شَهِيدًا عَلَيْكُمْ وَتَكُونُوا شُهَدَاءَ عَلَى النَّاسِ
…agar Rasul (Muhammad) itu menjadi saksi ke atas dirimu dan kamu semua menjadi saksi atas segenap umat manusia… (al-Hajj, 22: 78)
Sudah sempurnakah tugas kita di atas muka bumi sebagai saksi? Atau kita hanyalah saksi yang sekadar bermain-main dan bersandiwara sahaja di atas muka bumi ini?

Ikhwah dan akhawat fillah,
Benar, dalam melaksanakan misi ini, adakalanya kita akan berasa amat penat… Benar, penat itu fitrah dan hasil sampingan daripada amal kita. Dan pastinya kita mahu penat itu berbaloi. Jangan kita sekadar super giga mega mentajmik sana sini, tapi kita tidak mampu membawa adik-adik yg kita tajmik itu ke fasa seterusnya… Sangat parah dan berbahaya! Ingat, kita mahu penat itu berbaloi.

“Tidak ada yang pantas saya ucapkan kecuali memulangkan segala puji-pujian hanya kepada ALLAH subhana wa taala kerana telah mempertemukan saya dengan beberapa individu yang telah bersungguh-sungguh dan bekerja keras menegakkan tabia’at agama ini. Tabi’at agama ini yang menuntut kita beriltizam dengan dengan sungguh-sungguh atas jalannya… yakin dan percaya dengan sebenar-benarnya bahawa inilah satu-satu jalan untuk kita lulus dan mencapai kebahagiaan dalam perjalanan hidup ini yang seseberapa lama… hingga akhirnya kita menemui “al-yaqin” itu, yakni kematian… hingga kita menemuinya dalam aksi-aksi kita yang terakhir dan terbaik di dalam dakwah kepada ALLAH.
Ada ikhwah yang duitnya habis kering kontang utk mad’u… ada ikhwah yang sampai demam-demam hanya kerana menelaah buku-buku fikrah dan menghadiri puluhan pertemuan seminggu. Tiada habuan dunia yang didapati kecuali lelah dan lunyai… tetapi inilah bukti syahadah ini.
Inilah jalan para rasul dan pengikut-pengikutnya terdahulu. Inilah yang membentuk keimanan kita kepada ALLAH akan ganjaran yang besar menanti di hari dihimpunkan setiap seorang pernah hidup membebaskan takluk yang lain selain takluk ALLAH dalam kehidupan… meletakkan diri bahawa setiap yang dilakukan adalah berkenaan hisab di hadapan ALLAH di Padang Mahsyar kelak…
Akhirnya, ia membawa kita kepada membenarkan ikrar kita setiap hari..
Sesungguhnya solatku…
ibadah ku…
hidupku….
dan matiku hanya untuk ALLAH semata-mata.
Inilah destinasi terakhir aqidah ini dalam setiap jiwa individu muslim.
Selamat memuhasabah amal.
Semoga ia menjadi amal unik kita.

Thursday, December 23, 2010

Jom berubah...cintai Dakwah...




Dakwah.... satu kalimah yang mungkin selalu kita dengar dalam kehidupan kita sehari-hari. Mungkin ketika berbual dengan kawan-kawan di sekolah, atau dalam tazkirah di masjid dan surau. Apabila ditanya kepada masyarakat kebanyakan berkenaan pengertian dakwah, maka macam-macam versi pengertian dakwah akan diberi mengikut pemahaman masing-masing. Ada yang mungkin mengertikan dakwah dengan kerja-kerja mengajak orang jadi baik je ataupun ajak orang pergi masjid semata-mata. Ada juga yang memberi pengertian bahawa dakwah ini adalah kerja-kerja untuk mengajak kepada yang makruf dan membanteras kemungkaran. Ada juga yang faham dakwah adalah hakmilik eksklusif ustaz-ustaz yang mengajar di masjid sahaja, tak perlulah bukan ustaz atau bukan budak sekolah agama nak menyebok dalam urusan dakwah. Ada juga yang berpendapat bahawa tak payahlah aku ni nak penat-penat masuk kumpulan dakwah atau fikir pasal dakwah, cukuplah asal aku dan keluarga aku jadi baik, aku boleh pergi masjid 5 waktu sehari semalam, boleh pergi kelas mengaji, bulan Ramadhan boleh puasa pastu boleh sedekah dan kalau ada duit lebih sikit beli novel Islamik buat peneman dikala bosan. Percaya atau tidak, kebanyakan dari masyarakat muslim hari ini terutama belia mempunyai mindset yang macam tu ataupun lebih kurang macam tu. Eh, salah ke?


Nanti dulu, kefahaman tentang dakwah ni bukan boleh main agak-agak macam tu je. Bukan isu remeh temeh dan ranting, tapi dakwah ni satu tugas besar yang diwarisi dari para nabi sejak zaman berzaman lagi. Kalau risalah ini dibawa oleh para nabi, maknanya ia memang perkara yang sangat penting bagi kehidupan manusia. Cuba kita kaji betul-betul apa yang dibawa oleh para nabi dari dahulu sampai sekarang, adakah sekadar nak ajak kawan-kawan jadi baik je? Rasa-rasanya kalaulah risalah yang dibawa Rasulullah sekadar nak ajak orang jadi baik je, maka tak perlulah Rasulullah serta sahabat-sahabat baginda bersusah payah berjuang hingga sampai kena bina negara dan tak berhenti setakat itu sahaja, risalah ini disampaikan juga ke segenap pelusuk muka bumi oleh para sahabat dan tabiin hingga ke negeri China.


Nak faham dakwah ni apa dan dakwah ni nak bawak ke mana, pertama sekali kita kena faham hakikat Islam dan keistimewaan Islam itu sendiri. Apa istimewanya Islam berbanding agama-agama lain? Adakah Islam ni hanya amalan ibadah khusus semata-mata?. Kebanyakan dari umat hari ni sebenarnya salah faham terhadap agama mereka sendiri, ibarat mengecam gajah dari kacamata seorang yang buta. Ada yang faham Islam ni hanya sembahyang 5 waktu sehari semalam lepas tu kalau rajin sikit pergi baca yasin kat masjid, ada pulak yang amalkan Islam ni bila nak akad nikah dan bila nak uruskan jenazah je, tu pun kira ok la bahkan yang lebih malang lagi, harap nama je Islam tapi solat 2 kali setahun takpun seminggu sekali itupun sebab malu dengan kawan-kawan pejabat. Itu belum tengok busana dan tudung ’muslimah’ hari ini, banyak yang tak lulus daripada yang lulus. Kalau nak bincang aspek songsang dalam kefahaman Islam sebenar memang takkan habis sebab banyak sangat. Jauhlah sangatnya pengertian Islam yang difahami oleh kebanyakan dari umat hari ini dari pengertian Islam yang sebenar. Masing-masing boleh cuba ambil kertas dan cuba senaraikan kalau tak percaya.


Islam ni adalah agama yang lengkap dan sistematik, maknanya dia tak boleh dipisahkan dari kehidupan. Islam mencakupi segala-galanya dalam kehidupan manusia, bermulalah dari aspek kepercayaan, ibadah-ibadah khusus, pemerintahan, ekonomi, ketenteraan, perniagaan, perbankan, teknologi, perubatan, berkeluarga, cara berpakaian bahkan segala-galanya hinggalah ke dalam tandas pun Islam ada caranya yang tersendiri. Bila kita yakin yang Islam ni datang dari Allah secara terus, maknanya segala-galanya adalah sempurna dan relevan. Ibarat kalau kita beli handset Sony Ericson, maka kita mestilah rujuk panduan penggunaan handset tersebut dari user manual yang diberikan oleh syarikat Sony Ericson sendiri. Takkan kita nak main belasah je guna handset tu ikut sedap kita, dan bila rosak kita main agak-agak je baiki, alamatnya bukan makin elok handset tu, lagi jahanam adala. Begitulah juga Islam, ia adalah satu panduan tentang macamana nak menguruskan manusia kat atas muka bumi ni sebab manusia ni dicipta oleh Allah dan muka bumi pun dicipta oleh Allah. Bukan boleh main sedap je buat peraturan sendiri, tentulah tak kena. Kalau kita faham bahawa Islam ni adalah agama yang terbaik untuk menyelesaikan semua masalah umat manusia dan memerintah manusia, maka secara tabiinya kita pastilah nak berkongsi kebaikan Islam ni dengan semua orang yang duduk kat atas muka bumi ni, bahkan disuruh pulak kita sebagai penganut agama ini untuk menyampaikan Islam ini kepada seluruh manusia.


Cuba kita perhatikan baik-baik apa yang terjadi atas muka bumi hari ini, kacau bilau sana sini, masalah sosial, peperangan, pencemaran, kerosakan ada dimana-mana. Ini semua adalah akibat fitnah besar apabila Islam tidak memerintah diatas muka bumi. Segala-galanya tidak seimbang dan lari dari fitrahnya, ibarat macam nak baiki handset tadilah, bukan makin elok tapi makin rosak.


Kat sini lah kita boleh faham makna dakwah dan risalah. Dakwah ini adalah satu usaha secara tersusun untuk menyampaikan Islam dan menegakkan ketuanan Islam diatas muka bumi supaya semua manusia dapat menikmati keindahan Islam dan bebas dari perhambaan sesama manusia kepada perhambaan hanya kepada Allah. Tugas dakwah ini tidak terhad terhadap keluarga kita semata-mata bahkan melangkau jauh sempadan geografi setiap negara, ia adalah tugas global yang mana kita yang bertuah dilahirkan sebagai umat islam dan setiap orang dari kita bertanggungjawab untuk tugas dakwah ini, ia bukan tanggungjawab ustaz-ustaz semata-mata, bahkan kita akan dipertanggungjawabkan atas urusan ini. Mengapa kita berdakwah? Sebab Islam itu adalah agama yang sempurna dan kita wajib untuk berkongsi nikmat kesempurnaan ini dengan semua manusia. Sebab itulah kita nak kena bekerja bersungguh-sungguh, sebab bila Islam tertegak diatas muka bumi dan memerintah bumi ini, maka akan aman makmurlah segala-galanya, ekosistem akan kembali seimbang dan dunia ini akan menjadi tempat yang lebih baik untuk didiami. Faham tak sekarang mengapa kena berdakwah? Tapi persoalannya macamana nak bermula?

Kita kena sedar....!!




bahawa ummat ISLAM kini dihina di seluruh pelusuk dunia...
ummat ISLAM kini diperhambakan oleh musuh-musuh ISLAM..
ummat ISLAM kini diceroboh hak-hak mereka..
ummat ISLAM kini dimusnahkan Ruh Jihad mereka..
ummat ISLAM kini dihakiskan rasa Izzah terhadap ISLAM..


inilah virus-virus yang melanda
sebuah UMMAH yang diMULIAkan ALLAH dengan ISLAM...
ISLAM itu suci..tetapi penganutnya yang mencemarkannya..
ISLAM itu indah..tetapi penganutnya yang merosakkannya..
ISLAM itu tinggi..tetapi penganutnya yang merendahkannya..


ISLAM adalah satu-satunya agama yang sangat2 meraikan fitrah manusia..namun ramai benar
manusia yang mengamalkan cara hidup yang jauh dari fitrah mereka...


jika begitulah kita maka..
jangan didambakan sebuah keAMANan dalam hidup kita...
jangan sesekali didamkan sebuah keBAHAGIAan dalam jiwa kita..
bahkan jangan diimpikan langsung keMENANGan di dunia & akhirat..


selagi mana ISLAM belum lagi tertegak dalam diri dan sanubari ummat Islam itu sendiri...!!


AYUH..MAJU KE HADAPAN..BUAT PERUBAHAN..

Wednesday, December 22, 2010

Orang ISLAM semua tahu tapi....








Tahu tentang Realiti Ummat Masa Kini....


Realiti masa kini bolehlah disimpulkan kepada perkara berikut.


1. Ketiadaan Khalifah Islam yang menyatukan ummah dibawah satu pemerintahan.


2. Sistem Pemerintahan dalam negeri-negeri umat Islam tidak berasaskan kepada Islam.


3. Sistem sekular yang ada terus memantapkan tapak sekularnya dalam seluruh sistem yang ada.


4. Kesannya umat Islam dipengaruhi dan dikuasai oleh ideologi dan kuasa asing dalam aspek politik, ekonomi, kebudayaan, pemikiran dan sebagainya.


5. Kezaliman ke atas minoriti Islam di bawah pemerintahan kufur tidak dapat dibela.


6. Dasar Globalisasi


tapi...tahu dalam keJAHILan..tidak ada keSEDARan..