Thursday, December 30, 2010

Ketika kita PENAT...!!


Soalnya, adakah kita sudah penat? Kalau amal tak banyak mana, hati belum mengeluh apa-apa.
Bagaimanakah yang dikatakan sebagai muslim itu? Untuk lebih memahami frasa ini, kita fahamkan analogi mudah berikut:
Bagaimanakah seseorang itu dikatakan sebagai guru? Seseorang itu hanya akan dikenal sebagai guru jika ia hadir ke institusi tempat mengajarnya dan melakukan aktiviti yang berpadanan dengan tugas guru iaitu mendidik dan mengajar di dalam kelas.
Jika ia hadir ke sekolah, tapi duduk di pejabat dan melakukan tugas perkeranian, ia tidak mungkin digelar guru tetapi digelar sebagai kerani. Ia mungkin sahaja hadir ke sekolah, tapi tidak mengajar sebaliknya menyapu sampah dan memotong pokok, maka ia dikenal sebagai pekebun sekolah.
Begitu juga muslim. Muslim itu hanya akan menjadi muslim jika ia melaksanakan tugasnya sebagai muslim yang sebenar. Dan apakah tugas muslim yang sebenar itu?
لِيَكُونَ الرَّسُولُ شَهِيدًا عَلَيْكُمْ وَتَكُونُوا شُهَدَاءَ عَلَى النَّاسِ
…agar Rasul (Muhammad) itu menjadi saksi ke atas dirimu dan kamu semua menjadi saksi atas segenap umat manusia… (al-Hajj, 22: 78)
Sudah sempurnakah tugas kita di atas muka bumi sebagai saksi? Atau kita hanyalah saksi yang sekadar bermain-main dan bersandiwara sahaja di atas muka bumi ini?

Ikhwah dan akhawat fillah,
Benar, dalam melaksanakan misi ini, adakalanya kita akan berasa amat penat… Benar, penat itu fitrah dan hasil sampingan daripada amal kita. Dan pastinya kita mahu penat itu berbaloi. Jangan kita sekadar super giga mega mentajmik sana sini, tapi kita tidak mampu membawa adik-adik yg kita tajmik itu ke fasa seterusnya… Sangat parah dan berbahaya! Ingat, kita mahu penat itu berbaloi.

“Tidak ada yang pantas saya ucapkan kecuali memulangkan segala puji-pujian hanya kepada ALLAH subhana wa taala kerana telah mempertemukan saya dengan beberapa individu yang telah bersungguh-sungguh dan bekerja keras menegakkan tabia’at agama ini. Tabi’at agama ini yang menuntut kita beriltizam dengan dengan sungguh-sungguh atas jalannya… yakin dan percaya dengan sebenar-benarnya bahawa inilah satu-satu jalan untuk kita lulus dan mencapai kebahagiaan dalam perjalanan hidup ini yang seseberapa lama… hingga akhirnya kita menemui “al-yaqin” itu, yakni kematian… hingga kita menemuinya dalam aksi-aksi kita yang terakhir dan terbaik di dalam dakwah kepada ALLAH.
Ada ikhwah yang duitnya habis kering kontang utk mad’u… ada ikhwah yang sampai demam-demam hanya kerana menelaah buku-buku fikrah dan menghadiri puluhan pertemuan seminggu. Tiada habuan dunia yang didapati kecuali lelah dan lunyai… tetapi inilah bukti syahadah ini.
Inilah jalan para rasul dan pengikut-pengikutnya terdahulu. Inilah yang membentuk keimanan kita kepada ALLAH akan ganjaran yang besar menanti di hari dihimpunkan setiap seorang pernah hidup membebaskan takluk yang lain selain takluk ALLAH dalam kehidupan… meletakkan diri bahawa setiap yang dilakukan adalah berkenaan hisab di hadapan ALLAH di Padang Mahsyar kelak…
Akhirnya, ia membawa kita kepada membenarkan ikrar kita setiap hari..
Sesungguhnya solatku…
ibadah ku…
hidupku….
dan matiku hanya untuk ALLAH semata-mata.
Inilah destinasi terakhir aqidah ini dalam setiap jiwa individu muslim.
Selamat memuhasabah amal.
Semoga ia menjadi amal unik kita.

Thursday, December 23, 2010

Jom berubah...cintai Dakwah...




Dakwah.... satu kalimah yang mungkin selalu kita dengar dalam kehidupan kita sehari-hari. Mungkin ketika berbual dengan kawan-kawan di sekolah, atau dalam tazkirah di masjid dan surau. Apabila ditanya kepada masyarakat kebanyakan berkenaan pengertian dakwah, maka macam-macam versi pengertian dakwah akan diberi mengikut pemahaman masing-masing. Ada yang mungkin mengertikan dakwah dengan kerja-kerja mengajak orang jadi baik je ataupun ajak orang pergi masjid semata-mata. Ada juga yang memberi pengertian bahawa dakwah ini adalah kerja-kerja untuk mengajak kepada yang makruf dan membanteras kemungkaran. Ada juga yang faham dakwah adalah hakmilik eksklusif ustaz-ustaz yang mengajar di masjid sahaja, tak perlulah bukan ustaz atau bukan budak sekolah agama nak menyebok dalam urusan dakwah. Ada juga yang berpendapat bahawa tak payahlah aku ni nak penat-penat masuk kumpulan dakwah atau fikir pasal dakwah, cukuplah asal aku dan keluarga aku jadi baik, aku boleh pergi masjid 5 waktu sehari semalam, boleh pergi kelas mengaji, bulan Ramadhan boleh puasa pastu boleh sedekah dan kalau ada duit lebih sikit beli novel Islamik buat peneman dikala bosan. Percaya atau tidak, kebanyakan dari masyarakat muslim hari ini terutama belia mempunyai mindset yang macam tu ataupun lebih kurang macam tu. Eh, salah ke?


Nanti dulu, kefahaman tentang dakwah ni bukan boleh main agak-agak macam tu je. Bukan isu remeh temeh dan ranting, tapi dakwah ni satu tugas besar yang diwarisi dari para nabi sejak zaman berzaman lagi. Kalau risalah ini dibawa oleh para nabi, maknanya ia memang perkara yang sangat penting bagi kehidupan manusia. Cuba kita kaji betul-betul apa yang dibawa oleh para nabi dari dahulu sampai sekarang, adakah sekadar nak ajak kawan-kawan jadi baik je? Rasa-rasanya kalaulah risalah yang dibawa Rasulullah sekadar nak ajak orang jadi baik je, maka tak perlulah Rasulullah serta sahabat-sahabat baginda bersusah payah berjuang hingga sampai kena bina negara dan tak berhenti setakat itu sahaja, risalah ini disampaikan juga ke segenap pelusuk muka bumi oleh para sahabat dan tabiin hingga ke negeri China.


Nak faham dakwah ni apa dan dakwah ni nak bawak ke mana, pertama sekali kita kena faham hakikat Islam dan keistimewaan Islam itu sendiri. Apa istimewanya Islam berbanding agama-agama lain? Adakah Islam ni hanya amalan ibadah khusus semata-mata?. Kebanyakan dari umat hari ni sebenarnya salah faham terhadap agama mereka sendiri, ibarat mengecam gajah dari kacamata seorang yang buta. Ada yang faham Islam ni hanya sembahyang 5 waktu sehari semalam lepas tu kalau rajin sikit pergi baca yasin kat masjid, ada pulak yang amalkan Islam ni bila nak akad nikah dan bila nak uruskan jenazah je, tu pun kira ok la bahkan yang lebih malang lagi, harap nama je Islam tapi solat 2 kali setahun takpun seminggu sekali itupun sebab malu dengan kawan-kawan pejabat. Itu belum tengok busana dan tudung ’muslimah’ hari ini, banyak yang tak lulus daripada yang lulus. Kalau nak bincang aspek songsang dalam kefahaman Islam sebenar memang takkan habis sebab banyak sangat. Jauhlah sangatnya pengertian Islam yang difahami oleh kebanyakan dari umat hari ini dari pengertian Islam yang sebenar. Masing-masing boleh cuba ambil kertas dan cuba senaraikan kalau tak percaya.


Islam ni adalah agama yang lengkap dan sistematik, maknanya dia tak boleh dipisahkan dari kehidupan. Islam mencakupi segala-galanya dalam kehidupan manusia, bermulalah dari aspek kepercayaan, ibadah-ibadah khusus, pemerintahan, ekonomi, ketenteraan, perniagaan, perbankan, teknologi, perubatan, berkeluarga, cara berpakaian bahkan segala-galanya hinggalah ke dalam tandas pun Islam ada caranya yang tersendiri. Bila kita yakin yang Islam ni datang dari Allah secara terus, maknanya segala-galanya adalah sempurna dan relevan. Ibarat kalau kita beli handset Sony Ericson, maka kita mestilah rujuk panduan penggunaan handset tersebut dari user manual yang diberikan oleh syarikat Sony Ericson sendiri. Takkan kita nak main belasah je guna handset tu ikut sedap kita, dan bila rosak kita main agak-agak je baiki, alamatnya bukan makin elok handset tu, lagi jahanam adala. Begitulah juga Islam, ia adalah satu panduan tentang macamana nak menguruskan manusia kat atas muka bumi ni sebab manusia ni dicipta oleh Allah dan muka bumi pun dicipta oleh Allah. Bukan boleh main sedap je buat peraturan sendiri, tentulah tak kena. Kalau kita faham bahawa Islam ni adalah agama yang terbaik untuk menyelesaikan semua masalah umat manusia dan memerintah manusia, maka secara tabiinya kita pastilah nak berkongsi kebaikan Islam ni dengan semua orang yang duduk kat atas muka bumi ni, bahkan disuruh pulak kita sebagai penganut agama ini untuk menyampaikan Islam ini kepada seluruh manusia.


Cuba kita perhatikan baik-baik apa yang terjadi atas muka bumi hari ini, kacau bilau sana sini, masalah sosial, peperangan, pencemaran, kerosakan ada dimana-mana. Ini semua adalah akibat fitnah besar apabila Islam tidak memerintah diatas muka bumi. Segala-galanya tidak seimbang dan lari dari fitrahnya, ibarat macam nak baiki handset tadilah, bukan makin elok tapi makin rosak.


Kat sini lah kita boleh faham makna dakwah dan risalah. Dakwah ini adalah satu usaha secara tersusun untuk menyampaikan Islam dan menegakkan ketuanan Islam diatas muka bumi supaya semua manusia dapat menikmati keindahan Islam dan bebas dari perhambaan sesama manusia kepada perhambaan hanya kepada Allah. Tugas dakwah ini tidak terhad terhadap keluarga kita semata-mata bahkan melangkau jauh sempadan geografi setiap negara, ia adalah tugas global yang mana kita yang bertuah dilahirkan sebagai umat islam dan setiap orang dari kita bertanggungjawab untuk tugas dakwah ini, ia bukan tanggungjawab ustaz-ustaz semata-mata, bahkan kita akan dipertanggungjawabkan atas urusan ini. Mengapa kita berdakwah? Sebab Islam itu adalah agama yang sempurna dan kita wajib untuk berkongsi nikmat kesempurnaan ini dengan semua manusia. Sebab itulah kita nak kena bekerja bersungguh-sungguh, sebab bila Islam tertegak diatas muka bumi dan memerintah bumi ini, maka akan aman makmurlah segala-galanya, ekosistem akan kembali seimbang dan dunia ini akan menjadi tempat yang lebih baik untuk didiami. Faham tak sekarang mengapa kena berdakwah? Tapi persoalannya macamana nak bermula?

Kita kena sedar....!!




bahawa ummat ISLAM kini dihina di seluruh pelusuk dunia...
ummat ISLAM kini diperhambakan oleh musuh-musuh ISLAM..
ummat ISLAM kini diceroboh hak-hak mereka..
ummat ISLAM kini dimusnahkan Ruh Jihad mereka..
ummat ISLAM kini dihakiskan rasa Izzah terhadap ISLAM..


inilah virus-virus yang melanda
sebuah UMMAH yang diMULIAkan ALLAH dengan ISLAM...
ISLAM itu suci..tetapi penganutnya yang mencemarkannya..
ISLAM itu indah..tetapi penganutnya yang merosakkannya..
ISLAM itu tinggi..tetapi penganutnya yang merendahkannya..


ISLAM adalah satu-satunya agama yang sangat2 meraikan fitrah manusia..namun ramai benar
manusia yang mengamalkan cara hidup yang jauh dari fitrah mereka...


jika begitulah kita maka..
jangan didambakan sebuah keAMANan dalam hidup kita...
jangan sesekali didamkan sebuah keBAHAGIAan dalam jiwa kita..
bahkan jangan diimpikan langsung keMENANGan di dunia & akhirat..


selagi mana ISLAM belum lagi tertegak dalam diri dan sanubari ummat Islam itu sendiri...!!


AYUH..MAJU KE HADAPAN..BUAT PERUBAHAN..

Wednesday, December 22, 2010

Orang ISLAM semua tahu tapi....








Tahu tentang Realiti Ummat Masa Kini....


Realiti masa kini bolehlah disimpulkan kepada perkara berikut.


1. Ketiadaan Khalifah Islam yang menyatukan ummah dibawah satu pemerintahan.


2. Sistem Pemerintahan dalam negeri-negeri umat Islam tidak berasaskan kepada Islam.


3. Sistem sekular yang ada terus memantapkan tapak sekularnya dalam seluruh sistem yang ada.


4. Kesannya umat Islam dipengaruhi dan dikuasai oleh ideologi dan kuasa asing dalam aspek politik, ekonomi, kebudayaan, pemikiran dan sebagainya.


5. Kezaliman ke atas minoriti Islam di bawah pemerintahan kufur tidak dapat dibela.


6. Dasar Globalisasi


tapi...tahu dalam keJAHILan..tidak ada keSEDARan..