Thursday, December 30, 2010

Ketika kita PENAT...!!


Soalnya, adakah kita sudah penat? Kalau amal tak banyak mana, hati belum mengeluh apa-apa.
Bagaimanakah yang dikatakan sebagai muslim itu? Untuk lebih memahami frasa ini, kita fahamkan analogi mudah berikut:
Bagaimanakah seseorang itu dikatakan sebagai guru? Seseorang itu hanya akan dikenal sebagai guru jika ia hadir ke institusi tempat mengajarnya dan melakukan aktiviti yang berpadanan dengan tugas guru iaitu mendidik dan mengajar di dalam kelas.
Jika ia hadir ke sekolah, tapi duduk di pejabat dan melakukan tugas perkeranian, ia tidak mungkin digelar guru tetapi digelar sebagai kerani. Ia mungkin sahaja hadir ke sekolah, tapi tidak mengajar sebaliknya menyapu sampah dan memotong pokok, maka ia dikenal sebagai pekebun sekolah.
Begitu juga muslim. Muslim itu hanya akan menjadi muslim jika ia melaksanakan tugasnya sebagai muslim yang sebenar. Dan apakah tugas muslim yang sebenar itu?
لِيَكُونَ الرَّسُولُ شَهِيدًا عَلَيْكُمْ وَتَكُونُوا شُهَدَاءَ عَلَى النَّاسِ
…agar Rasul (Muhammad) itu menjadi saksi ke atas dirimu dan kamu semua menjadi saksi atas segenap umat manusia… (al-Hajj, 22: 78)
Sudah sempurnakah tugas kita di atas muka bumi sebagai saksi? Atau kita hanyalah saksi yang sekadar bermain-main dan bersandiwara sahaja di atas muka bumi ini?

Ikhwah dan akhawat fillah,
Benar, dalam melaksanakan misi ini, adakalanya kita akan berasa amat penat… Benar, penat itu fitrah dan hasil sampingan daripada amal kita. Dan pastinya kita mahu penat itu berbaloi. Jangan kita sekadar super giga mega mentajmik sana sini, tapi kita tidak mampu membawa adik-adik yg kita tajmik itu ke fasa seterusnya… Sangat parah dan berbahaya! Ingat, kita mahu penat itu berbaloi.

“Tidak ada yang pantas saya ucapkan kecuali memulangkan segala puji-pujian hanya kepada ALLAH subhana wa taala kerana telah mempertemukan saya dengan beberapa individu yang telah bersungguh-sungguh dan bekerja keras menegakkan tabia’at agama ini. Tabi’at agama ini yang menuntut kita beriltizam dengan dengan sungguh-sungguh atas jalannya… yakin dan percaya dengan sebenar-benarnya bahawa inilah satu-satu jalan untuk kita lulus dan mencapai kebahagiaan dalam perjalanan hidup ini yang seseberapa lama… hingga akhirnya kita menemui “al-yaqin” itu, yakni kematian… hingga kita menemuinya dalam aksi-aksi kita yang terakhir dan terbaik di dalam dakwah kepada ALLAH.
Ada ikhwah yang duitnya habis kering kontang utk mad’u… ada ikhwah yang sampai demam-demam hanya kerana menelaah buku-buku fikrah dan menghadiri puluhan pertemuan seminggu. Tiada habuan dunia yang didapati kecuali lelah dan lunyai… tetapi inilah bukti syahadah ini.
Inilah jalan para rasul dan pengikut-pengikutnya terdahulu. Inilah yang membentuk keimanan kita kepada ALLAH akan ganjaran yang besar menanti di hari dihimpunkan setiap seorang pernah hidup membebaskan takluk yang lain selain takluk ALLAH dalam kehidupan… meletakkan diri bahawa setiap yang dilakukan adalah berkenaan hisab di hadapan ALLAH di Padang Mahsyar kelak…
Akhirnya, ia membawa kita kepada membenarkan ikrar kita setiap hari..
Sesungguhnya solatku…
ibadah ku…
hidupku….
dan matiku hanya untuk ALLAH semata-mata.
Inilah destinasi terakhir aqidah ini dalam setiap jiwa individu muslim.
Selamat memuhasabah amal.
Semoga ia menjadi amal unik kita.

0 kritikan..:

Post a Comment